Stok Minyak EIA di US Meningkat, Masih Positif Untuk Harga Minyak

52

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meninkat sebanyak 0.6 juta tong pada minggu berakhir 23 Disember berbanding 2.3 juta peningkatan pada minggu lepas.

Jumlah inventori terus berada 6.8% melebihi stok tahun lalu di paras 486.1 juta tong setakat ini.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Manakala dalam data American Petroleum Institution (API) yang dikeluarkan sebelum ini mencatatkan pertambahan 4.20 juta tong minggu lepas.

Sentimen keseluruhan yang menyelubungi pasaran minyak terus positif dengan jangkaan OPEC mampu menjalankan proses pemotongan bekalan minyak bermula 1 Januari 2017 yang akan menstabilkan pasaran ini.

Penyusutan nilai matawang US Dollar meningkatkan permintaan minyak mentah kerana kos pembelian yang semakin murah bagi pemegang matawang selain US Dollar.

Minyak West Texas intermediate (WTI) ketika ini didagangkan di sekitar $53.97 setong naik dari paras terendah Khamis $53.46, manakala minyak Brent didagangkan pada harga $57.13 semasa artikel ini ditulis naik dari paras terendah $55.90.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat