Suntikan Vaksin Pacu Harga Minyak Tembus $50 Setong!

318

Buat pertama kali sejak Mac 2020, niaga hadapan minyak mentah menembusi paras harga $50 setong, sekali gus menandakan pasaran komoditi ini mulai pulih dari krisis pandemik Covid-19 yang telah menghancurkan permintaan bahan bakar seluruh dunia.

Prospek meyakinkan mengenai vaksin Covid-19 yang akan mula diedarkan awal minggu ini telah menyokong dagangan minyak mentah untuk menguat di tengah-tengah permintaan yang masih lemah.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat pada $50.14 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menokok kepada $46.72 setong.

Sejak berita positif mengenai vaksin diumumkan, harga minyak telah meningkat selama enam minggu berturut-turut, iaitu kenaikan terpanjang mereka sejak bulan Jun.

Amerika Syarikat dijangka akan memulakan kempen vaksinasinya seawal hari ini, dengan harapan bahawa sekatan coronavirus di beberapa kawasan dapat segera berakhir dan mengangkat permintaan pengguna minyak terbesar di dunia itu.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh pelan bantuan coronavirus AS di mana sekumpulan penggubal undang-undang bipartisan bersedia untuk melancarkan rangsangan $908 bilion pada hari Isnin, walaupun tidak ada jaminan ia akan diluluskan oleh Kongres.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat