Swiss National Bank Kekalkan Kadar Faedah -0.75%, Swissy Melemah

47

Swiss National Bank (SNB) mengekalkan kadar faedahnya di paras terendah pada Khamis dan mengatakan akan terus aktif dalam pasaran tukaran matawang asing jika perlu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SNB mengatakan mengekalkan kadar faedah -0.75% sejajar dengan jangkaan pasaran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 4.30 petang pada Khamis, SNB menyatakan Swiss Franc (CHF) masih lagi bernilai tinggi walaupun ia telah melemah berbanding Euro dan US dolar baru-baru ini.

Unjuran terkini inflasi lebih tinggi berbanding unjuran yang dibuat pada Jun. Untuk tahun 2017, SNB menjangka inflasi naik kepada 0.5% dari 0.4% sebelum ini. Untuk tahun 2018, SNB menjangka inflasi naik kepada 0.7% dari 0.4%, manakala untuk 2019 ia kekal di paras 1.1%.

Pada suku ketiga, ekonomi Switzerland dijangka akan mencatat pertumbuhan 2.7% dari segi tahunan. Secara keseluruhan, pemulihan dalam ekonomi negara ini akan berterusan beberapa bulan akan datang. Untuk 2018, SNB menjangka pertumbuhan di paras 2%.

Matawang Swiss Franc (CHF) melemah sejak pukul 4.30 petang pada Khamis, dengan USD/CHF membuat kenaikan dari 0.9849 kepada 0.9878 setakat pukul 5.07 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat