Switzerland Mangsa Terbaru Inflasi, Tiba Masa Untuk SNB Bertindak?

1,460

Switzerland tidak terlepas daripada ancaman inflasi selepas harga pengguna dilaporkan meningkat ke paras tertinggi hampir 14 tahun pada bulan Mei.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan melonjak 2.9% berbanding tahun sebelumnya susulan peningkatan kos bahan api dan makanan yang lebih mahal.

Bacaan itu merupakan kenaikan tertinggi dalam inflasi Switzerland sejak September 2008, dan merupakan bulan keempat berturut-turut harga telah melepasi sasaran bank pusat untuk kestabilan harga.

Secara bulanan pula, harga pengguna meningkat kepada 0.7% daripada 0.4% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Ketua Bank Pusat Switzerland (SNB), Thomas Jordan telah memberi amaran pada bulan lalu bahawa bank pusat memerhati inflasi dengan teliti dan bersedia untuk bertindak jika inflasi kukuh.

SNB dan Bank Pusat Jepun (BOJ) adalah dua lagi bank pusat utama yang masih tertinggal di belakang dalam memerangi inflasi.

Namun, apabila tekanan harga mula meningkat dan menjadi lebih jelas serta berterusan, mereka mungkin tidak dapat bertahan terlalu lama dengan dasar monetari yang longgar.

Lonjakan yang dipaparkan mata wang Swiss Franc susulan penerbitan data ini, menunjukkan bahawa pelabur dapat merasakan bahawa SNB akan mula bertindak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat