Syarikat BOSCH Pemain Utama Dalam Industri Kereta Pemanduan Automatik

443

Penganalisis dan pengkaji menjangkakan bahawa dunia akan menuju kepada penggunaan autonomous car atau “kereta pemanduan automatik”.

Autonomous car ialah kereta yang berupaya memandu dengan sendirinya dengan cara mengesan keadaan sekelilingya dan membuat pergerakan tanpa memerlukan bantuan daripada manusia.

Perkembangan teknologi dalam bidang automotif telah mendorong banyak syarikat termasuk syarikat pembuatan kereta traditional, pengeluar dan syarikat teknologi untuk mengambil bahagian industri teknologi driverless car.

Kebanyakkan syarikat telah melakukan ujian di atas jalan raya sebenar seperti Google dan Tesla.

Pada 7 November lalu, Google telah menguji cuba kereta mini-van pemanduan automatik di jalan raya sekitar Chandler, Arizona. Kereta tersebut tidak mempunyai sebarang pemandu atau penumpang sama sekali.

Walaupun terdapat beberapa pengujian oleh beberapa syarikat, namun tidak ramai yang mengetahui syarikat manakah yang menjadi pemain utama dalam industri.

Atas dasar itu Cologne Institute for Economic Research telah melakukan kajian terhadap isu ini dengan menganalisis paten-paten yang terdapat dalam industri tersebut. Badan penyelidikan tersebut telah menganalisis 5,839 paten berkenaan kereta pemanduan automatik bagi mengetahui syarikat manakah yang paling aktif.

Dapatan kajian mendapati syarikat Jerman merupakan pemain utama yang memiliki peranan dalam industri ini pada masa hadapan. 6/10 paten adalah dipegang oleh syarikat Jerman dengan Bosch sebagai pengeluar pembuatan kereta.

Syarikat BOSCH telah memfailkan 958 paten diikuti dengan syarikat Audi yang mendaftar 516 paten. Google juga menduduki 10 tangga teratas dengan mendaftar 338 paten.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat