Syarikat Gergasi Telekomunikasi Huawei Tidak Mahu Ketinggalan

581

Sebuah syarikat telekomunikasi China yang ternama Huawei memperkenalkan Hyperledger blockhain terbaru mereka pada hari ini. Blockchain SAAS (Software as a Service) merupakan alat yang berteknologi tinggi, mempunyai sekuriti platform teknologi blockchain yang tinggi untuk syarikat dan developer.

Perkhidmatan ini akan membantu syarikat-syarikat dan para developers untuk menghasilkan dan menggunakan perkhidmatan blockchain yang berteraskan Huawei Cloud.

Perkhidmatan yang diasaskan atas operasi Hyperledger blockchain bersifat open source. Ia telah dibangunkan oleh Linux pada tahun 2015. Sejak penghasilan Hyperledger kini ia telah berjaya menarik 100 tajaan syarikat bisnes besar dan beberapa kerjasama untuk intergrasi.

Huawei tidak mahu ketinggalan dengan syarikat pesaing seperti Tencent dan JD.com dalam penggunaan blockchain, dimana kedua syarikat tersebut telah memperkenalkan teknologi pada bulan lepas.

Baidu, yang merupakan laman pencarian di China juga menggunakan Hyperledger pada bulan Oktober 2017.

Harga bitcoin kini berada pada paras $8,158.57 iaitu telah naik daripada paras $6,900 yang dicapai pada minggu ini juga. Selain itu matawang crypto lain juga telah menunjukkan kenaikan seperti Ethereum, Ripple dan lain-lain lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat