Syarikat Yang Baru Berusia 2 Tahun Ini Dibeli Dengan Harga #3 Billion!

57

Walmart, satu syarikat yang menawarkan harga barangan berpatutan kepada pelanggan di US telah berjaya membeli syarikat e-commerce, Jet.com dengan harga $3 bilion.

Tujuan Walmart membeli syarikat e-commerce tersebut adalah untuk menggunakan kepakaran yang ada di Jet.com dalam menurunkan lagi harga barangan, memperluaskan pilihan kepada pelanggan dan juga memberikan satu pengalaman membeli secara online yang sangat mudah dan senang.

Di US, keuntungan Amazon adalah dalam $62 bilion untuk tahun lepas. Walaupun terdapat jurang yang sangat besar diantara Amazon dan syarikat e-commerce yang lain, keputusan Walmart untuk memantapkan perkhidmatan melalui kepakaran di Jet.com dilihat dapat meningkatkan pertumbuhan digital mereka dalam 10% ke 15%, satu pelaburan yang masih lumayan di dalam sektor e-commerce yang besar di US.

Untuk pengetahuan, pertumbuhan digital Walmart adalah sebanyak $13.6 bilion dan kedua terbesar di US bagi peruncit dalam talian.

Walmart akan mengumumkan pendapatan suku kedua mereka pada khamis, 18 Ogos ini.

Syarikat rumpai laut je pun ni!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat