Tahniah! 6 Firma Malaysia Sertai Senarai Forbes Asia 100 To Watch 2023

882

Dilaporkan 6 syarikat dari Malaysia telah berjaya muncul dalam senarai Forbes Asia 100 To Watch bagi tahun 2023.

Forbes Asia 100 adalah merupakan senarai syarikat-syarikat kecil dan start-up di Asia pasifik yang sedang menunjukkan potensi untuk berkembang merangkumi pelbagai bidang yang luas.

Dalam senarai yang dikeluarkan itu, Singapore tampil dengan 20 syarikat, Indonesia 11 syarikat dan Filipina sebanyak 9 syarikat.

Berikut adalah 6 syarikat dari Malaysia yang tersenarai dalam watch list tersebut.

Aerodyne

Syarikat teknologi ini menghasilkan automatik dron untuk kegunaan semburan tanaman, memeriksa talian elektrik dan memantau jalan di bandar-bandar. Sejak diasaskan, syarikat ini dikatakan telah menjalankan 458,000 operasi di 45 buah negara dan menjana sekitar RM316 juta.

BoomGrow

Syarikat agrikultur ini menggunakan teknologi pertanian untuk menghasilkan tanaman hijau yang bersih dan bernutrisi tinggi. Berpangkalan di Kuala Lumpur, syarikat ini juga menjalankan operasinya di Filipina.

Care Concierge

Syarikat ini menyediakan khidmat sokongan kepada golongan berusia dengan fasiliti dan penjagaan yang terbaik. Menerusi aplikasi mereka, pegguna boleh memilih lebih 2,000 jururawat, penjaga serta pakar terapi. Diasaskan pada tahun 2017 dan sehingga kini syarikat telah berjaya meningkatkan dana sehingga sekitar RM18 juta.

Involve Asia

Platform pemasaran yang menghubung jenama dengan micro-influencer yang memiliki pengikut di bawah 100,000 di media sosial untuk affiliate marketing atau program pengiklanan yang lain-lain. Syarikat ini telah bekerjasama dengan lebih 500 jenama termasuk label antarabangsa seperti Nike dan Sephora. Sehingga ini, syarikat telah berjaya menjana sekitar RM77 juta.

Lapasar

Pada mula diasas pada 2016, syarikat ini menyediakan website borong untuk peralatan pencuci, peralatan IT dan barangan pejabat. Namun berkembang pantas ketika pandemik dengan menyediakan bekalan kepada perniagaan sederhana (SME) dan syarikat besar. Mempunyai gedung dan rangkaian pengedar merangkumi lebih 10,000 pembekal, syarikat ini telah menjana sekitar RM26.5 juta.

Policy Street

Syarikat ini menyediakan penyelesaian insurans digital kepada perniagaan dan pengguna. Berpangkalan di Kuala Lumpur, mereka telah bekerjasama dengan syarikat e-commerce gergasi, Shopee untuk insurans pakej, dan juga bersama syarikat e-hailing Grab untuk insurans pemandu. Syarikat ini dilaporkan telah menjana lebih Rm100 juta dari pelabur termasuk Khazanah Nasional.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat