Taiwan Serang Balas Provokasi China Dengan ‘Back-Up’ Dari Amerika Syarikat

577

‘Aduh, ada krisis perang baru pula ke lepas Rusia-Ukraine?’

Baru-baru ini China dilihat memulakan provokasi dengan melancarkan beberapa misi udara di zon pertahanan udara Taiwan termasuk pencerobohan 30 pesawat pejuang yang didakwanya sebagai latihan.

Lantaran itu, Taiwan telah membalas provokasi tersebut dengan mengerahkan jet pejuang bagi menghalau pesawat-pesawat yang terbang di persisiran pertahanan udaranya sebagai amaran.

Insiden ini berlaku beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden beri amaran terhadap pencerobohan Taiwan, dan pada hari yang sama seorang pegawai AS melawat pulau itu.

Ujar Biden, pencerobohan udara yang berlaku ketika beliau membuat lawatan ke Taiwan dianggap sebagai provokasi dan AS bersiap sedia memberi bantuan ketenteraan jika Beijing menyerang pulau itu.

Pencerobohan terbaharu oleh China itu juga menambah jelaga amarah warga Taiwan dan mengeruhkan lagi situasi antara kedua-dua negara tersebut.

Sebagai konteks, China dan Taiwan telah berpecah semasa perang saudara pada 1940-an tetapi Beijing bertegas bahawa mereka akan menebus semula pulau tersebut walaupun secara paksa.

Dipercayai pencerobohan tersebut dibuat oleh China sebagai amaran kepada Taiwan yang sedang berusaha ke arah pengisytiharan rasmi kemerdekaannya.

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, pesawat China terbang di kawasan timur laut Kepulauan Pratas yang merupakan sebahagian daripada zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ*) Taiwan, dan andai ia memasuki kawasan tersebut maka ia menandakan permusuhan.

*ADIZ adalah kawasan di luar wilayah negara dan ruang udara negara yang mana pesawat asing dikenal pasti, dipantau dan dikawal demi kepentingan keselamatan negara.

Kerajaan Taiwan melaporkan bahawa China telah mengisytiharkan ADIZ di Kepulauan Pratas sebagai ‘zon kelabu‘ peperangan yang bertujuan untuk menguji tindak balas ketenteraan mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat