Tak Cukup Dengan Isu Perjanjian Dagang, UK Berdepan Masalah Lain Pula!

167

UK bukan sahaja terjerat masalah dalam protokol Ireland Utara, tetapi juga berdepan dengan isu mengenai hak perikanan dengan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang lain.

Terbaru, empat belas negara anggota EU sedang bersedia untuk mengeluarkan deklarasi bersama yang mendakwa Britain mengambil risiko kerosakan ekonomi dan sosial yang besar terhadap komuniti nelayan mereka.

Memetik kepada laporan The Guardian, negara anggota seperti Perancis, Belgium, Ireland, Sepanyol, Belanda dan Jerman, akan meminta UK untuk bertindak sepenuhnya mematuhi peraturan yang telah ditandatangani pada tahun lepas.

Britain sebelum ini telah membangkitkan kemarahan kerajaan Perancis atas pengurangan jumlah lesen yang diberikan kepada pemilik kapal kecil yang memancing di perairan pantai.

Sebagai tanda solidariti, negara-negara anggota sepakat untuk mengancam Britain yang berkemungkinan memberi kesan pada rundingan perikanan EU-UK pada masa akan datang jika UK tidak mengubah pendiriannya.

Perkembangan ini terjadi pada masa yang kritikal dalam hubungan EU dan UK, ketika Pesuruhjaya Eropah Maroš Šefčovič bersiap untuk mengemukakan cadangan baru bagi menyelesaikan masalah pengaturan dalam protokol Ireland Utara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat