Tak Letih Memanjat, GBP/USD Dah Sampai Harga Tertinggi 10 Bulan!

237

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam dilihat masih meneruskan corak kenaikan harganya namun, momentum yang dipaparkan lebih perlahan berbanding pada Rabu.

Ketika data inflasi pengguna AS diterbitkan, harga telah melonjak dari paras 1.24000 sehingga hampir menyentuh paras 1.25000.

Pada semalam pula, harga melepasi paras 1.25000 dan mencapai ketinggian terbaru pada sekitar 1.25350 mengatasi ketinggian dicapai pada minggu lalu.

Corak kenaikan diteruskan susulan US dolar masih kekal bergerak lemah, di samping data inflasi pengeluar (PPI) AS juga turut diterbitkan suram pada sesi New York semalam.

Dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) semakin hampir menamatkan langkah pengetatan dasarnya, US dolar dijangka kekal lemah dan membuka ruang harga menyambung kenaikan yang lebih tinggi lagi hingga minggu berikutnya.

Pergerakan harga kekal dalam trend bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Namun, pelabur perlu lebih waspada untuk perubahan harga di penghujung minggu dengan kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) atau faktor-faktor yang lain.

Sekiranya harga tetap menyambung kenaikan pada sesi-sesi akhir minggu ini, sasaran adalah untuk harga menuju sekitar 1.26000 pula.

Kenaikan yang diteruskan akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 10 bulan.

Sebaliknya jika harga berpatah arah membuat penurunan semula, paras 1.25000 yang sebelum ini menjadi rintangan buat harga, akan kembali diuji.

Jika gagal menyokong lantunan semula harga, penurunan lebih rendah boleh berlaku untuk harga mencecah kembali paras sokongan pada 1.24000 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat