Tak Sambung Turun, GBP/USD Lonjak Balik 100 Pips

175

Meneliti pergerakan pasaran pada sesi dagangan Selasa semalam, US dolar dilihat gagal untuk meneruskan momentum pengukuhannya ekoran pelabur dilihat mula berwaspada terhadap terbitan laporan minit mesyuarat polisi FOMC yang bakal diterbitkan pada awal pagi Khamis.

Sebelum itu, pelabur akan memberi tumpuan dahulu pada data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini yang dijangka turut akan memacu pergerakan raja mata wang itu menuju penghujung minggu.

Sementara mata wang Pound pula dilihat tidak menunjukkan kesan pergerakan yang ketara selepas terbitan data pekerjaan United Kingdom (UK) di awal sesi Eropah semalam. Pound kekal bergerak susut sebelum meningkat semula di sesi New York semalam berbanding US dolar.

Seterusnya pelabur akan menantikan terbitan data inflasi UK pada pembukaan sesi Eropah sebentar lagi yang turut menjadi tumpuan bank pusat England (BOE) dalam penetapan dasar monetarinya.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, pelabur telah menyaksikan lantunan harga semula semalam untuk memberikan petunjuk awal perubahan arah harga.

Pada mulanya harga dilihat menyambung penurunan di sesi Eropah menuju ke zon support 1.20000, namun seperti situasi pada 2 minggu yang lalu, sekali lagi harga melantun semula mencatatkan kenaikan harian sekitar 100 pips.

Kenaikan harga tersebut dilihat menguji semula paras halangan 1.21000 sebelum harga mendatar di sekitar tersebut sehingga ke penghujung sesi New York.

Pelabur mula menilai isyarat perubahan trend  selepas kenaikan harga itu juga sedikit melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Bersambung ke sesi dagangan Asia pagi ini (Rabu), pergerakan harga kekal mendatar di zon 1.21000 dengan sedikit kenaikan perlahan dipaparkan sementara data inflasi UK pada pembukaan sesi Eropah sebentar lagi dinantikan.

Jangkaan untuk peningkatan harga yang lebih tinggi bakal menguji semula paras halangan 1.22000 yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung minggu lalu ketika pelabur menyaksikan terjunan harga bermula di zon tersebut.

Peningkatan harga yang diteruskan bakal mensasarkan pula sehingga ke paras 1.23000 bagi mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.

Sebaliknya jika harga kembali meneruskan semula penurunan di awal minggu lalu, penyusutan harga dijangka akan menguji sekali lagi zon support 1.21000 yang masih berjaya membendung kejatuhan lebih rendah harga.

Penurunan harga yang melepasi paras sokongan MA50 juga akan mencetuskan isyarat bagi perubahan trend bearish semula sebelum sasaran untuk penurunan lebih rendah adalah pada sekitar 1.19400 dan 1.18800.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat