Tak Sampai Sebulan, Serba Dinamik Tukar Pengerusi Lagi

434

‘Empayar’ Serba Dinamik kehilangan ‘General’nya.

Kurang dari sebulan menyandang jawatan sebagai pengerusi Serba Dinamik, Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan telah meletakkan jawatannya atas alasan ‘pendakwaan kawal selia berat sebelah yang ditujukan kepada Serba Dinamik’.

Sebelum ini Datuk Seri Farid telah dilantik sebagai pengerusi kumpulan tersebut pada 24 November 2021 dan kedudukan beliau akan digantikan oleh pengarah bukan eksekutif bukan bebas, Datuk Abdul Kadier Sahib yang berkuatkuasa pada Isnin 20 Disember.

Selain itu, Serba Dinamik turut mengumumkan peletakan jawatan pengarah bebas dan bukan eksekutif, Siti Zaleha Sulaiman yang dilantik pada 7 Julai 2021 atas sebab yang sama.

Dalam pada itu, Serba Dinamik telah diapit dengan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini dengan isu penukaran hakim dan penurunan taraf yang berpunca daripada kes pengauditannnya.

Setakat ini, saham Serba Dinamik didagangkan 35 sen dengan permodalan pasaran bernilai RM1.3 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat