Mahkamah Tolak Tuntutan Pertukaran Hakim Oleh Serba Dinamik!

402

Sudah jatuh ditimpa tangga pulak tu.

Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd untuk menukar hakim yang sama yang mempengerusikan saman syarikat itu terhadap Bursa Malaysia Securities Bhd.

Syarikat itu telah memohon pertukaran Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin untuk mempengerusikan kes saman mereka atas alasan beliau pernah berkhidmat dalam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada masa lalu.

Hakim Ahmad Fairuz dalam menyampaikan keputusannya pada Khamis menerusi Zoom menyatakan bahawa beliau tiada indikasi bahaya berat sebelah dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam membuat keputusan.

Sebelum ini, hakim Ahmad Fairuz telah memerintahkan Serba Dinamik membayar RM20,000 kepada Bursa dan telah menetapkan 17 Januari sebagai tarikah mendengar permohonan injunksi interim syarikat itu yang telah menyekat pengeluaran kemas kini penemuan fakta mengenai kewangannya oleh penyemak bebas khas E&Y Consulting Sdn Bhd.

Dalam samannya terhadap Bursa yang difailkan pada November, Serba Dinamik berusaha untuk membatalkan pelantikan E&Y Consulting di bawah arahan Bursa untuk menjalankan semakan bebas khas.

Syarikat perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas itu juga memohon pelepasan injunksi interim terhadap Bursa untuk menghalang bursa saham tersebut daripada mengeluarkan kemas kini sementara menunggu pelupusan saman itu.

Serba Dinamik kini berada di bawah pengawal selia dan penelitian awam berkenaan beberapa isu yang dibangkitkan oleh juruaudit luar KPMG pada ketika itu yang melibatkan akaunnya bagi tempoh 12 bulan yang berakhir 31 Disember 2020.

Syarikat itu juga telah melepasi tarikh akhir 8 Disember untuk mengeluarkan laporan tahunannya turut dibawah risiko kegagalan untuk membayar sukuk menjelang akhir tempoh tangguh pada Khamis bertarikh 9 Disember selepas kehilangan US$7 juta atau RM29.52 juta .

Saham syarikat itu telah digantung daripada dagangan sejak 22 Oktober selepas mereka menolak arahan Bursa untuk mendedahkan maklumat penemuan fakta kepada umum.

Pada tengah hari, Serba Dinamik didagangkan 35 sen dengan permodalan pasaran RM1.3 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat