Alamak, Fitch Turunkan Penarafan Serba Dinamik Ke ‘RD’!

2,444

Adakah ‘tugu’ Serba Dinamik mulai retak?

Fitch Ratings telah menurunkan penarafan terhadap Serba Dinamik Holdings Bhd kepada ‘RD’ (Restricted Default) dari ‘C’ kerana melepasi tarikh akhir pembayaran sukuk.

Dalam satu kenyataan pada Isnin yang dikeluarkan oleh Fitch, penurunan taraf tersebut dibuat ekoran syarikat tersebut melepasi tarikh tangguh 30 hari kupon tidak dibayar bagi sukuk tidak bercagar bernilai US$222 juta atau RM939.35 juta yang perlu dibayar pada tahun 2022.

Firma tersebut menambah lagi nota sukuk yang tidak dibayar mampu mencetus potensi klaus percepatan silang hutangnya.

Menyusuri rekod, Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah menyatakan bahawa anak syarikat Serba Dinamik telah melepasi bayaran kupon separuh tahunan bon Islam tertunggak bernilai US$7 juta atau RM29.53 juta.

Menurut laporan firma penarafan tersebut, pembayaran kupon itu perlu dibayar pada 9 November dan Serba Dinamik telah mengesahkan tiada pembayaran dibuat dalam tempoh tangguh 20 hari yang berakhir pada 9 Disember dan disebebkan itu, MARC turut menurunkan taraf Medium Islam Penilaian Nota jangka (IMTN) Serba Dinamik kepada CIS daripada BBIS/Negatif.

Dalam pada itu, Fitch telah mengesahkan penarafan sukuk Mei 2022 yang diterbitkan oleh SD International Sukuk Ltd dan susuk yang perlu dibayar pada Mac 2025 yang diterbitkan oleh SD International Sukuk II Ltd pada ‘C’ dengan penarafan pemulihan kekal pada ‘RR4’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat