Kim Jong-un Menangis, Akui Kegagalannya Sebagai Pemerintah Korea Utara

1,615

“Rakyat kita meletakkan kepercayaan yang tinggi di dalam diri saya, tetapi saya gagal menjalankan amanah ini.”

Itu antara intipati ucapan pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un yang tampil beremosi ketika berucap di dalam majlis perarakan ketenteraan di Pyongyang sempena sambutan penubuhan Parti Pekerja yang ke-75 pada hujung minggu lepas.

Tanpa disangka, Jong-un akhirnya menangis, “Saya minta maaf.”

Ini bukan kali pertama figura itu meminta maaf selepas kejadian tembakan dan membakar pegawai Korea Selatan.

Pengarah Bahagian Korea Utara di Institut Untuk Penyatuan Kebangsaan Korea, Hong Min menjelaskan ucapan Jong-un merupakan satu luahan seorang pemimpin yang berhadapan dengan tekanan yang bertimpa-timpa.

Sejak kebelakangan ini wilayah itu dilanda pelbagai musibah berat bermula dengan sekatan antarabangsa kerana program nuklear dan peluru berpandu, termasuk hubungan perdagangan bersama China yang terjejas gara-gara sekatan sempadan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Korea Utara juga baru-baru ini berhadapan dengan kerosakan harta benda disebabkan bencana alam yang tidak pernah berlaku, membebankan lagi tanggungjawabnya sebagai pemerintah.

Pada masa yang sama, Amerika Syarikat pada Sabtu meluahkan kekecewaannya terhadap perarakan tersebut ekoran daripada kehadiran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) sedangkan rundingan sekatan senjata nuklear masih belum menemui kata kesepakatan.

Jong-un di dalam ucapannya memberitahu bahawa beliau tidak teragak-agak untuk melancarkan tenaga nuklear jika negaranya terancam.

Korea Selatan juga bimbang dengan kemunculan senjata tersebut, bersependapat dengan AS menggesa Korea Utara untuk menyambung semula rundingan tersebut bagi mencari titik penyelesaian isu itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat