Tarikh 13 September Jadi Penentu Nasib Twitter & Elon Musk

167

‘Tandakan pada kalendar tarikh tersebut!’

Twitter Inc menetapkan tarikh 13 September untuk mengadakan mesyuarat bersama pemegang saham bagi membincangkan isu kontroversi pemerolehan $44 bilion oleh jutawan dan ketua Tesla Inc, Elon Musk.

Menurut pemfailan yang dikemukakan, syarikat merancang untuk melaksanakan undian mengenai pampasan yang mungkin dibayar oleh Twitter kepada pegawai eksekutif berkaitan pemerolehan tersebut.

Umumnya, pada Oktober nanti Twitter dan Musk akan bersemuka di mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian undang-undang atas kegagalan perjanjian $44 bilion awal minggu ini.

Seperti yang ditekahui bahawa kedua-dua pihak saling menuding jari antara satu sama lain atas kegagalan tersebut.

Musk menyatakan Twitter gagal mengemukan maklumat yang diminta, melanggar kontrak perjanjian dipersetujui bersama sehingga membatalkan pemerolehan yang tertangguh berbulan lamanya.

Pada sisi Twitter pula, Musk dikatakan sengaja mencari alasan untuk meneruskan penangguhan syarikat tersebut dan menantikan nilai syarikat jatuh untuk membeli pada harga yang lebih rendah.

Dalam pada itu, pemfailan tersebut ada menyatakan bahawa syarikat akan memperlahankan kadar pengambilan pekerja.

Ia secara tidak langsung sedikit bercanggah dengan laporan sebelum ini, di mana syarikat dikatakan memilih penstrukturan semula berbanding membuang pekerjanya.

Ketika artikel ini ditulis, saham Twitter diniagakan baik 0.23% pada $39.34 dengan permodalan syarikat bernilai 30.06 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat