Twitter Pilih Penstrukturan Semula Perniagaan Daripada Buang Pekerja

127

‘Pilihan terbaik di sebalik banyak isu yang melanda syarikat?’

Gergasi media sosial yang diapit kontroversi pemerolehan, Twitter Inc menegaskan bahawa syarikat memilih untuk tidak membuang para pekerja tetapi akan melakukan penstrukturan semula perniagaan.

Perkara tersebut dinyatakan syarikat dalam sebuah pemfailan, sehari selepas Twitter bertindak menyaman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk.

Umumnya, syarikat-syarikat teknologi lain mengambil tindakan sama ada membuang atau menghentikan pengambilan pekerja bagi mengurangkan kos perbelanjaan.

Twitter juga tidak terkecuali apabila pada Mei, syarikat itu bertindak menghentikan sementara pengambilan pekerja bagi menilai semula tawaran pekerjaan sedia ada untuk membuat keputusan keperluan membuang pekerja atau tidak.

Lonjakan bacaan data inflasi Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, kenaikan 9.1% tertinggi sejak 40 tahun, mengeruhkan lagi keadaan di sebalik isu kenaikan kadar faedah agresif serta pertumbuhan ekonomi yang lemah.

Namun, hari ini Twitter mengesahkan bahawa syarikat memilih untuk penstrukturan semula berbanding pemberhentian pekerja.

Ia adalah berita baik kepada para pekerja Twitter yang sebelum ini khuatir akan diberhentikan sebaik sahaja Musk mengambil alih syarikat.

Hal ini kerana Tesla sedang rancak menghentikan dan membuang pekerjanya selepas Musk menyatakan ‘firasat’ buruk beliau mengenai prospek pertumbuhan ekonomi.

Bercerita tentang Musk, Twitter juga telah menfailkan saman kepada jutawan itu kerana beliau cancel’ perjanjian pemerolehan syarikat bernilai $44 bilion di mahkamah Delaware.

Mengulas kejadian, Musk dikatakan telah melanggar isi perjanjian dengan bertindak menamatkan pemerolehan tersebut yang seterusnya menyusahkan pelbagai pihak dan syarikat.

Bagi mempertahankan diri Musk menyatakan pihak Twitter gagal memenuhi permintaan beliau, dan perkara tersebut mendorong kepada pelanggaran kontrak oleh syarikat.

Setakat ini pihak Musk dan Twitter dilihat masih menunding jari antara satu sama lain.

Dalam pada itu, setakat penulisan berita ini saham Twitter dilihat masih hijau 7.90% (2.69) pada $36.75 walaupun pasaran ekuiti merosot ekoran bacaan data inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat