Telcoin (TEL) Mengujakan Dengan Lonjakan Lebih 4100%!

3,041

Telcoin (TEL) mencatatkan lonjakan harga lebih daripada 4,100% sejak 1 Februari dari paras terendah $0.00066 ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu, $0.0286 pada 5 Mei.

Pada masa yang sama, jumlah dagangan token tersebut dalam 24 jam mencapai rekod $110 juta.

Pergerakan mendadak ini membuktikan kejayaan projek penambahbaikan protokol yang membenarkan perkhidmatan pengiriman wang di antara dua negara, Filipina dan Kanada bersiaran pada 4 Februari.

Menurut Telcoin menerusi kandungan blog komunitinya, Kanada merupakan negara pertama bagi usaha ini. Ia akan disusuli oleh beberapa negara lain seperti Singapura, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Lonjakan TEL juga didorong oleh penyenaraiannya di platform desentralisasi, QuickSwap yang beroperasi di Polygon pada 1 Mei lalu.

Untuk pengetahuan, Polygon merupakan protokol lapisan-2 yang dibangunkan di rangkaian Ethereum. Ia menawarkan kos transaksi yang rendah di mana merupakan daya tarikan bagi penyedia aliran dana di QuickSwap.

Maka tidak mustahil jika Telcoin berpotensi untuk menarik lebih ramai pengguna global ketika permintaan transaksi berkos rendah menjadi sasaran pengguna kebanyakan rangkaian. Sekaligus membawa harga TEL ke paras yang lebih tinggi.

Ketika penulisan, Telcoin didagangkan pada $0.029, melonjak lebih 62% dalam 24 jam. Jumlah dagangan bagi tempoh yang sama telah mencecah lebih $126 juta, melonjak lebih 170%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat