Teliti Pergerakan Pasaran Terkini Menjelang Penerbitan Data ADP AS

449

Memasuki sesi Eropah, US dolar terus memanjangkan pengukuhannya berbanding matawang utama setelah meraih sokongan daripada data pembuatan AS yang lebih baik daripada jangkaan.

Pertumbuhan memberangsangkan yang ditunjukkan dalam aktiviti pembuatan AS pada Ogos, membuktikan terdapat pemulihan dalam sektor ekonomi negara itu sekali gus mengangkat harapan untuk menyaksikan satu lagi bacaan data yang melebihi jangkaan pada malam ini.

Penerbitan data pekerjaan ADP AS bakal menjadi tumpuan utama pelabur seterusnya di mana ia dijangka akan menunjukkan peningkatan yang lebih rendah daripada sebelum ini, dengan kenaikan melebihi 1 juta pekerjaan dalam sektor swasta.

Matawang Eropah, masing-masing memaparkan penyusutan lebih rendah ketika memasuki sesi Eropah dengan euro didagangkan merosot di sekitar harga 1.1860 setelah berjaya mencecah harga 1.2000 pada sesi dagangan Selasa.

Sementara matawang pound sterling pula susut dari paras ketinggian 8 bulan dengan didagangkan di sekitar 1.3340, dengan tumpuan pasaran turut terarah kepada ucapan Gabenor Bank of England Andrew Bailey pada malam ini.

Bagi matawang Asia pula, dagangan dolar Aussie terus menerima tekanan setelah menyaksikan penguncupan lebih besar dalam data GDP Australia yang mendorong ekonomi negara itu terjerumus ke lembah kemelesetan buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Dolar kiwi pula memaparkan prestasi terbaiknya berbanding matawang utama dengan didagangkan mengukuh menghampiri paras ketinggian 14 bulan walaupun setelah Gabenor Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengeluarkan kenyataan dovish mengenai langkah dasar monetari bank pusat seterusnya.

Di samping itu, dolar Kanada turut didagangkan menyusut berbanding USD walaupun dengan harga minyak mentah yang terus meraih pengukuhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat