Terbaik! Serba Dinamik Lancar Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi MySurFi

661

Syarikat kejuruteraan Serba Dinamik telah melancarkan sebuah perkhidmatan internet satelit tersendiri yang dinamakan sebagai MySurFi.

Dengan penggunaan satelit, MySurFi dapat memancar perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan terpencil yang tiada sambungan jalur lebar.

Menerusi pemasangan MySurFi, ia membolehkan penduduk di kawasan berkenaan untuk menikmati internet percuma selama enam bulan semasa pandemik melalui program khidmat sosial masyarakat (CSR).

Perkhidmatan ini dibangunkan oleh Serba Dinamik Group Bhd bersama Mosyawa Sdn Bhd bagi menjayakan program ini yang telah dilakasanakan di Melaka, Kelantan dan kini diperkenalkan di Larut, Perak.

Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Ir Ts Mohd Abdul Karim Abdullah mengatakan bahawa aktiviti CSR ini adalah sangat unik berbanding program CSR lain yang diusahakan oleh SDGB.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mosyawa, Mohd Syakirin Che Aziz berkata pelaksanaan MySurFi adalah sejajar dengan kemajuan teknologi semasa yang penggunaan satelit ini sudah tidak asing lagi.

Menariknya, Serba Dinamik dilihat akan memulakan langkah untuk membuat pelaburan dalam arena infrastruktur yang berkaitan dengan kesalinghubungan melalui teknologi internet.

Selain itu, Serba Dinamik juga dikhabarkan sedang berada dalam fasa kajian dan rekabentuk satelit komunikasi tersendiri dengan rakan strategik di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat