Terbongkar! E-Mel Kakitangan SEC Dedah Howey Test XRP Gagal!

660

“Sudah terang lagi bersuluh XRP bukan sekuriti, kenapa SEC nak menidakkannya?”

Susulan Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) sehingga kini masih tidak dapat buat keputusan sama ada Ripple (XRP) boleh dianggap sebagai sekuriti , peguam John Deaton telah melakukan tuntutan besar berkenaan sifat aset digital itu melalui penyerahan kakitangan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Menurut Deaton selepas mendedahkan footnote*, terdapat alasan munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa XRP tidak memenuhi semua elemen Howey Analysis, oleh itu aset digital tersebut tidak boleh ditakrifkan sebagai sekuriti.

*maklumat tambahan yang dicetak di bahagian bawah halaman

Rentetan itu, XRP tidak sepatutnya tertakluk pada pengawasan kawal selia oleh SEC AS susulan Exhibit 230 turut menyatakan aset digital tersebut tidak akan dianggap sebagai sekuriti.

Diperjelaskan di sini, kenyataan tersebut adalah daripada e-mel SEC namun persoalannya ialah mengapa pengawal selia tetap mendakwa XRP sungguhpun kakitangannya sudah menganalisis bahawa aset digital tersebut bukan bersifat sekuriti.

Menerusi perkembangan terkini, mahkamah yang menolak usul SEC untuk menutup dokumen dan e-mel berkenaan Ucapan Hinman akan menyebabkan memo tersebut didedahkan secara umum tidak lama lagi.

Suka dimaklumkan bahawa pendedahan memo itu adalah penting untuk pasaran kripto dalam mengetahui sebab bekas Pengarah Kewangan Perbadanan SEC AS, Bill Hinman mengatakan Ethereum (ETH) bukan sekuriti.

Selepas melepasi $0.47, harga XRP kini menyusut sebanyak 2.52% pada paras $0.45 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $23 bilion tetapi masih mencatatkan lonjakan 6.74% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat