Tergempar – 2 Pusat Tukaran Kripto Baru Dapat Kelulusan (MAS) Singapura Sediakan Dagangan Kripto!

3,896

Singapura tegas dalam cuba menangani isu pengubahan wang haram yang melibatkan aset kripto. Dalam laporan terkini, Singapura tidak lama lagi akan mengambil langkah baru dalam perlindungan aset kripto daripada pengubahan wang haram yang melibatkan pembiayaan operasi jenayah, pengganas serta pengembangan senjata.

Badan berautoriti kewangan Singapura iaitu Monetary Authority of Singapore (MAS) pada hari ini mengumumkan akan memperkenalkan Cosmic yang merupakan sebuah platform perkongsian data dan maklumat yang bermotifkan untuk mencegah pengubahan wang haram.

Platform Cosmic ini akan membolehkan institusi kewangan untuk berkongsi maklumat mengenai pengguna atau transaksi yang berisiko. MAS mendedahkan bahawa platform ini telah bekerjasama dengan enam bank utama di Singapura iaitu DBS Group, Oversea-Chinese Banking Corp, United Overseas Bank, Standard Chartered Bank, Citibank, dan HSBC.

Buat sementara waktu ini, keenam bank tersebut akan menjadi engguna tunggal platform tersebut sehingga penggunaan yang lebih meluas pada separuh pertama 2023 dan pengenalan undang-undang yang mengatur kerahsiaan pelanggan bank.

Dalam salah satu kenyataan, bank pusat menyatakan pertukaran maklumat sedemikian akan memungkinkan institusi kewangan mengungkap dan membongkar rangkaian yang tidak sah dan membantu melindungi hab kewangan Singapura.

Disisi yang berbeza, bank Singapura komited untuk memangkinkan perbankan digital di persada dunia dan menjadi alternatif pilihan untuk pelanggan mereka. Pengumuman terkini, MAS telah mengeluarkan lesen kripto kepada broker DBS Bank dan Platform pertukaran Independent Reserve. Lesen tersebut membolehkan kedua-dua syarikat itu menawarkan perkhidmatan broker kripto kepada pelanggan asli.

Platform pertukaran Independent Reserve menjadi platform pertama dari negara Singapura yang menawarkan perkhidmatannya kepada pelabur runcit dan institusi di Singapura.

Pada bulan Ogos DBS dan Independent Reserve memperoleh persetujuan secara prisip dari MAS untuk menawarkan perkhidmatan kripto.

Kedua-dua pemberiaan lesen kripto baru akan membuka pasaran kripto Singapura kepada pemain baru yang memberi jalan kepada persaingan yang sihat dan juga menjadikan Singapura sebagai hab kripto yang semakin meningkat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat