Tergempar: Lesen Diperolehi, Coinbase Siap Sedia Luaskan Jajahan Di Eropah!

224

Bursa pertukaran kripto utama Coinbase pada hari Isnin memaklumkan bahawa mereka telah memperoleh lesen penyedia perkhidmatan aset kripto di Itali. Lesen itu menandakan peristiwa penting dalam misi untuk mengembangkan kehadiran Coinbase di Eropah.

Pada minggu lalu, syarikat itu dihimpit dengan beberapa khabar yang kurang menyenangkan seperti berhadapan isu kecairan selepas mereka mengumumkan menutup program pemasaran gabungannya di A.S. Sementara itu, syarikat itu juga menutup dagangan lanjutan Coinbase Pro.

Bursa pertukaran kripto utama Coinbase dalam blog rasminya pada 18 Julai mengumumkan bahawa mereka berjaya mendapatkan lesen penyedia perkhidmatan aset kripto di Itali. Organismo Agenti e Mediatori, sebuah badan kawal selia kripto, mewajibkan semua syarikat kripto untuk mendapatkan lesen penyedia perkhidmatan aset kripto sebelum menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di negara itu.

Dengan ini, Coinbase telah menjadi salah satu daripada beberapa syarikat untuk mendapatkan lesen. Ia akan membantu syarikat itu menawarkan produk dan ciri baharu kepada pelanggannya di Itali.

Pertukaran kripto berusaha untuk mengembangkan kehadirannya di seluruh Eropah, dengan tujuan untuk meningkatkan penggunaan kripto. Pada masa ini, ia memberi perkhidmatan kepada pelanggan di hampir 40 negara Eropah melalui pejabat Ireland, UK dan Jerman. Sementara itu, Coinbase mempunyai beberapa pendaftaran atau permohonan lesen yang belum selesai di pasaran utama. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan pangkalan pelanggannya dengan melancarkan suite Coinbase bagi produk runcit, institusi dan ekosistem.

Nana Murugesan, naib presiden pembangunan antarabangsa dan perniagaan di Coinbase, percaya adalah penting untuk mempunyai pertalian yang membina dengan pengawal selia. Selain itu, mengekalkan jalinan kerjasama dengan kawal selia yang kukuh dapat membantu membina platform yang dipercayai dan selamat untuk pelanggannya.

Coinbase dan Binance akan bersaing secara sihat di Eropah. Coinbase sebelum ini menyebut bahawa ia sedang dalam proses mengembangkan jajahan mereka di Perancis, Itali, Sepanyol, dan Belanda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat