Terima Kasih Kepada LTAT, Boustead Meroket Lebih 30%

430

Saham Boustead Holdings Bhd yang sebelum ini terkesan dengan kejatuhan anak syarikatnya Pharmaniaga Bhd, meroket lebih 30% pada sesi dagangan hari ini.

Ini susulan rancangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk mengambil alih konglomerat itu.

Boustead menjadi kaunter paling untung di Bursa, melonjak 20 sen atau 30.53% kepada 85.5 sen pada pembukaan pagi ini, dengan nilai pasaran RM1.72 bilion.

LTAT mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela untuk mendapatkan baki 822.51 juta saham Boustead atau 40.58% pegangan yang tidak dimilikinya pada 85.5 sen sesaham atau kumulatif RM703.25 juta.

Bukan itu sahaja, dana pencen angkatan tentera itu juga merancang untuk mengambil alih syarikat tersebut secara peribadi.

Pun begitu, tawaran tersebut tertakluk kepada kelulusan kementerian kewangan atas syor dan Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Seksyen 87 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Seksyen 99 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).

Tawaran itu datang susulan kerugian besar suku tahunan yang dialami Boustead sebanyak RM402 juta, selepas terkesan oleh kemerosotan mendadak dalam laporan pendapatan Pharmaniaga Bhd.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat