Pharmaniaga Di Ambang Kehancuran!

999

Pharmaniaga Bhd menjadi ‘mangsa’ pasca Covid-19 seterusnya selepas ia mengalami kerugian terburuk pada 2022 yang mendorongnya ke bawah kategori PN17.

Terdahulu, firma farmaseutikal itu melaporkan kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya.

Sementara perolehan pula junam 27.1% kepada RM3.51 bilion daripada RM4.82 bilion disebabkan kelemahan permintaan untuk membeli vaksin Covid-19 oleh kerajaan.

Menurut media tempatan, ini mungkin disebabkan oleh vaksin Sinovac yang tidak terjual, mengakibatkan berlakunya lebihan bekalan.

Selain itu, balance sheet kumpulan itu turut menunjukkan peningkatan mendadak dalam pinjaman jangka pendeknya sebanyak RM968.27 juta daripada RM570.05 juta setahun lalu.

Impaknya, saham Pharmaniaga junam ketara pada pembukaan dagangan awal pagi ini kepada 22 sen, jatuh 50% daripada 44 sen ketika ditutup pada Isnin.

PN17 ialah Practice Note 17/2005 yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia terhadap syarikat yang mengalami masalah kewangan.

Syarikat yang termasuk dalam kategori ini perlu mengemukakan cadangan kepada Bursa untuk penyusunan semula dan menyelamatkan mereka daripada dinyah senarai.

Baca lagi content menarik di INTRADAY dan jangan lupa sertai komuniti kami di telegram. Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat