Terima Kasih Pada Data AS, Trader Boleh Trade Dengan Tenang

1,411

Permintaan untuk US dolar berterusan, disokong oleh hasil perbendaharaan yang lebih tinggi, walaupun matawang itu mencatatkan sedikit penyusutan pada awal sesi Asia.

Terdahulu, dagangan dolar greenback melonjak tinggi berbanding enam matawang utama lain selepas menyaksikan bacaan data jualan runcit Amerika Syarikat yang memberangsangkan.

Namun, pada sesi Asia, matawang gergasi itu mengurangkan sedikit keuntungan yang dicapainya tetapi indeks dolar kekal didagangkan mengukuh pada 90.86.

Jualan runcit meningkat sebanyak 5.3% pada Januari, jauh lebih baik dari bacaan pada bulan sebelumnya yang mencatatkan penurunan 1.0%, dan mengalahkan jangkaan pasaran untuk kenaikan 1.1%. Ini membuktikan pakej rangsangan Covid-19 yang dilancarkan bernilai $900 bilion pada Disember lalu, berfungsi dengan baik.

Hal ini secara tidak langsung, meningkatkan lagi harapan pasaran untuk pelancaran langkah rangsangan yang lebih besar dari Presiden Joe Biden, yang mana pakej bantuan bernilai $1.9 trilion masih diperingkat pertimbangan untuk diluluskan oleh Senat.

Sementara itu, minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan awal pagi ini, memperlihatkan pembuat dasar percaya bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai pengurangan dalam pelonggaran kuantitatifnya.

Matawang euro didagangkan sedikit berubah di sekitar 1.2046 berbanding US dolar, setelah merosot 0.5% semalam, iaitu penurunan terbesar dalam tempoh dua minggu.

Di samping itu, pound sterling gagal meraih kenaikan di atas 1.39000 berikutan pengukuhan US dolar, tetapi penurunannya dibataskan oleh bacaan data inflasi UK yang lebih baik dari jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat