Terkini! BlackRock Lancar Produknya Di Rangkaian Ethereum!

902

“Tak main-main, BlackRock makin aktif dalam dunia aset digital.”

Dikejutkan berita mengenai BlackRock yang secara rasmi melancarkan dana aset tokennya dipanggil BlackRock USD Institutional Digital Liquidity Fund diwakili oleh token BUIDL berasaskan blockchain di rangkaian Ethereum (ETH) pada dua hari lepas.

Ia disokong sepenuhnya oleh wang tunai, bil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan perjanjian pembelian semula termasuk memberikan hasil yang dibayar melalui blockchain setiap hari kepada para pemegang token.

Menurut BlackRock, Securitize akan bertindak sebagai ejen pemindahan dan platform tokenization manakala BNY Mellon pula penjaga aset dana dan Anchorage Digital Bank NA, BitGo, Coinbase serta Fireblocks turut mengambil bahagian dalam ekosistem dana.

Ini adalah perkembangan terkini strategi aset digitalnya, kata Ketua Aset Digital BlackRock Robert Mitchnick sambil menambah pasukannya akan menumpukan pada membangunkan penyelesaian dalam ruang kripto yang boleh bantu selesaikan masalah sebenar untuk pelanggannya.

Pengumuman itu dibuat selepas pemfailan kawal selia mendedahkan BlackRock telah memperbadankan dana bersama Securitize sehingga mendorong spekulasi dana token apabila pemerhati menunjukkan urus niaga blockchain.

Suka dimaklumkan cipta token pelaburan tradisional berasaskan blockchain seperti bon dan dana dikenali sebagai tokenizations of real-world assets (RWA), di mana kes penggunaannya berkembang pesat untuk blockchain susulah aset digital serta TradFi makin saling berkaitan.

Misalnya, Perbendaharaan AS yang ditoken telah meningkat daripada $100 juta kepada $730 juta pada awal 2023 apabila firma kripto berusaha memperoleh hasil yang stabil dengan meletakkan dana dalam on-chain mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BlackRock Larry Flink berkata pada awal tahun ini dalam temu bual bersama CNBC bahawa spot BTC ETF yang dilakukan oleh firmanya adalah salah satu langkah ke arah tokenization.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat