Terkini: BNM Khuatir Dagangan Ringgit di Luar Negara

131

Reuters Singapore hari ini melaporkan, Bank Negara Malaysia meminta agar Bank luar negara membuat komitmen bertulis untuk mengurangkan dagangan Ringgit di offshore non-deliverable forwards market (NDF). Tindakan terbaru BNM ini adalah usaha terbaru untuk melindungi Ringgit dari terus jatuh.

Dagangan di NDF biasanya dilakukan di luar negara (off-shore) bermaksud di luar pasaran negara itu. Hal ini boleh menjadi illegal, tetapi undang-undang ini tidak boleh digunapakai di luar pasaran negara tuan rumah itu.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menghantar surat kepada bank asing untuk meminta mereka menghentikan dagangan Ringgit di NDF.

Dua sumber berbeza daripada bank-bank asing ini  mengesahkan telah menerima surat dari BNM.

Dalam surat itu juga mengatakan, bank asing ini diminta untuk menyediakan perancangan selanjutnya tentang keperluan mereka untuk membuat transaksi Ringgit dan meminta bantuan dari institusi kewangan Malaysia untuk melancarkan segala transaksi Ringgit mereka.

Pada Sabtu lepas BNM juga telah memberikan panduan agar dana asing (foreign fund) dan pengurus aset (asset manager) menghubungi bank yang berlesen di Malaysia bagi membuat transaksi tukaran matawang asing. Hal ini menunjukkan kawalan ketat daripada BNM.

Ketua Penganalisis di Nordea Market Singapura, Amy Yuan mengatakan, “Hal ini tidak mengejutkan kerana Ringgit telah banyak melemah”. “Tapi ia seperti campurtangan yang terdesak dari BNM”.

Beliau juga mengatakan, “BNM mempunyai rizab asing yang kecil jika dibandingkan dengan negara Asia yang lain menyebabkan BNM tidak mempunyai banyak pilihan”.

Pegangan asing kepada pasaran bon Malaysia adalah antara yang terbesar di Asia. Pelabur selalunya menggunakan kecairan dalam pasaran NDF di Singapura dan Hong Kong untuk melindungi nilai (hedge) kepada (exposure) risiko yang berkemungkinan dihadapi oleh mereka. Hal ini disebabkan pelbagai halangan dalam pasaran domestik.

 

TERKINI: Ringgit Jatuh ke Paras Terendah RM4.53 Berbanding US Dolar Pagi Tadi !!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat