Pada Rabu, 16 November 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan bahawa telah menghantar surat kepada institusi kewangan berhubung transaksi di non-deliverable forwards market (NDF).
Dalam kenyataan terbaru ini pihak BNM mengatakan melalui laman web rasminya bahawa, “kami merujuk kepada tajuk agensi berita Reuters, Malaysia meminta bank asing untuk menghentikan dagangan ringgit luar negara“.
Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataan pada Ahad, 13 November 2016 yang bertajuk “Melarang transaksi yang menggunakan NDF”
Bank Negara meminta bank-bank di dalam negara (onshore bank) supaya tidak terlibat dalam urusniaga yang berkaitan NDF.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad yang berkaitan dengan dana asing (foreign fund) dan pengurus aset (asset manager) yang dinasihatkan supaya berhubung dengan bank berlesen di Malaysia untuk membuat sebarang tukaran matawang asing. BNM juga menegaskan tiada perubahan kepada pendirian ini.
Kenyataan oleh BNM melalui laman web rasmi:
BNM juga menafikan bahawa ‘Tiada surat yang dihantar oleh BNM kepada mana-mana Institusi kewangan’.
Penafian ini berhubung dengan laporan Reuters yang menyatakan “Bank Negara Malaysia (BNM) telah menghantar surat kepada bank asing untuk meminta mereka menghentikan dagangan Ringgit di NDF” semalam.
Dagangan di NDF biasanya dilakukan di luar negara (off-shore) bermaksud di luar pasaran negara itu. Hal ini boleh menjadi illegal, tetapi undang-undang ini tidak boleh digunapakai di luar pasaran negara tuan rumah itu.
Semalam Reuters melaporkan dua bank asing telah mengesahkan menerima surat dari BNM berhubung transaksi NDF ini.