Terkini! Selepas Bitcoin, ‘Stablecoin’ Pula Jadi Sasaran China!

1,269

Laporan terkini melaporkan bahawa Fan Yifei, Wakil Gabenor Bank Rakyat China telah melancarkan kritikan terbuka terhadap Bitcoin (BTC) dan Stablecoins, dalam taklimat dasar Majlis Negeri pada pagi ini. Beliau menyebutkan bahawa bitcoin dan stablecoin boleh membawa kepada ancaman terhadap keselamatan kewangan dan kestabilan sosial negara, kerana ia menjadi pintu masuk kepada pengubahan wang haram dan kegiatan ekonomi haram.

Fan Yifei dalam masa yang sama turut menegaskan risiko dan bahayanya stablecoin kerana ia akan membawa ketidakstablian dan tidak selamat disimpan. Dengan kata lain ia dapat membawa kepada risiko kepada sistem monetari antarabangsa, sistem pembayaran dan penyelesaian.

Justeru Fan Yifei menyarankan agar orang ramai untuk melakukan perubahan mutlak dengan beralih kepada kripto Bank Pusat China. Sebilangan para pengkaji percaya bahawa kripto CBDC tidak akan memberi kesan kepada sistem kewangan yang ada.

Walaupun Yuan Digital yang dikeluarkan oleh bank pusat menunjukkan prestasi yang baik, namun masih banyak perkara perlu dilakukan untuk selaras dengan matawang fiat. Masih banyak perbahasan yang sedang berlaku terutama adakah penggunaan CBDC dalam transaksi harian akan menjadi pilihan yang ideal atau tidak.

Selain itu, turut menjadi tumpuan perbahasan adalah mengenai apakah Yuan digital bank pusat akan menyebabkan penggantungan kewangan, melemahkan dasar monetari, dan sama ada ia akan meningkatkan operasi bank atau tidak.

Selepas tindakan keras China terhadap kripto khususunya BTC, tindakan terhadap stablecoin dan promosi Yuan digital bank pusat dapat dilihat sebagai langkah penghabisan sebelum melancarkan CBDC kepada orang ramai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat