[TERKINI] Tun Dr Mahathir Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Malaysia?

1,055

Pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Menurut kenyataan daripada pejabat PM, surat peletakan jawatan beliau telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari tadi.

Keputusan ini berlaku sehari selepas timbulnya spekulasi mengenai beliau cuba membentuk kerajaan baru, yang diikuti dengan mesyuarat serentak oleh 5 mesyuarat berasingan telah berlangsung semalam.

Terdahulu, terdapat laporan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau berpuas hati dengan pertemuan bersama Tun Dr Mahathir hari ini dengan membincangkan beberapa perkara dan bersetuju bagi mengutamakan prinsip untuk meneruskan agenda perubahan.

Dua hari lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerajui negara selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mencadangkan agar Tun M menentukan tarikh peralihan kuasa.

Walau bagaimanapun, tanpa disangka-sangka ketenangan dalam politik Malaysia mula bergolak apabila 5 mesyuarat politik diadakan serentak pada Ahad disusuli dengan satu mesyuarat khas tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution memaklumkan bahawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamadaruddin dilaporkan telah dipecat berkuatkuasa serta-merta.

Dalam laporan berasingan, Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula mengumumkan untuk berundur daripada PH melalui keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan pada Ahad, menurut Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat