Terkini! Ukraine Didakwa Lancar Serangan Di Lokasi LPR

4,536

Media Rusia melaporkan bahawa angkatan bersenjata Ukraine telah melepaskan serangan meriam dan bom tangan di empat kawasan di Republik Rakyat Luhansk (LPR) pada 10.30 pagi waktu Malaysia.

Bagaimanapun, ia masih belum diketahui kesahihannya memandangkan laporan tersebut dikeluarkan oleh media negara Rusia, Sputnik News.

Sebagai pengetahuan, LPR terletak di Wilayah Luhansk, Donbas yang merupakan sebuah wilayah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Ukraine tetapi dikendalikan oleh pemisah yang disokong Rusia.

Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya daripada NATO sebelum ini pernah memberi amaran bahawa Rusia akan melancarkan serangan dengan alasan yang ‘tiba-tiba’.

Malah, dakwaan Rusia bahawa pasukan tenteranya telah meninggalkan sempadan Ukraine sebelum ini juga dikatakan ‘palsu’ dan sebaliknya terdapat tambahan kira-kira 7,000 tentera sejak beberapa hari kebelakangan ini, menurut Amerika.

Serangan yang didakwa dilakukan oleh Ukraine ini mungkin boleh menjadi punca kepada Rusia untuk bertindak balas.

Susulan laporan ini, pasaran kewangan terus mempamerkan reaksi dengan kebanyakan mata wang utama dan saham global susut ketara sementara aset safe-haven pula melonjak tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat