Ternyata Situasi Ekonomi China Lebih Teruk Daripada Disangkakan!

423

Ketika kebanyakan negara telah menyaksikan penurunan dalam tekanan harga selepas melonjak tinggi, China pula masih bergelut dengan inflasi yang rendah.

Pada bulan April, indeks harga pengguna (CPI) hanya meningkat 0.1% pada kadar tahunan, susut daripada bacaan 0.7% yang dicatatkan pada Mac.

Sementara indeks harga pengeluar (PPI) pula jatuh lebih rendah kepada -3.6% berbanding -2.5% yang direkodkan bulan sebelumnya.

Ini sangat berbeza dengan inflasi AS yang meningkat 4.9% pada bulan lalu, setelah beransur-ansur menurun ekoran langkah Federal Reserve menaikkan kadar faedah 10 kali berturut-turut.

Walaupun belum berada pada tahap deflasi, inflasi China yang rendah berkemungkinan didorong oleh permintaan yang tidak mencukupi.

Ekonomi China berkembang lebih pantas daripada dijangkakan pada suku pertama hasil pemansuhan sekatan Covid-19 tetapi pemulihannya tidak sekata.

Data terkini menunjukkan aktiviti kilang menguncup pada bulan April, dan kelemahan berterusan dalam pasaran hartanah masih menjadi kembimbangan.

Susulan pemulihan yang perlahan ini, ia secara tidak langsung turut menyuramkan prospek untuk pertumbuhan ekonomi global.

Inflasi terlalu rendah menunjukkan permintaan yang lemah atau dalam kata lain, ekonomi tidak berjalan. Hal ini seterusnya boleh menyebabkan kelembapan ekonomi dan kadar pengangguran yang lebih tinggi.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat