Terokai Web3, NFT Makhluk Biru The Smurfs Dilancarkan!

710

“Menarik tapi harapnya banyak orang tertarik la nak beli NFT watak biru ni.”

Francais animasi popular The Smurfs yang dikenali daripada komik, kartun dan filem mengorak langkah baharu dengan melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) daripada Smurf Society.

The Smurfs bukan sahaja dikenali di Belgium, tetapi secara meluas di seluruh Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan China susulan semangat komuniti dan kerjasama mereka, ulas co-founder dan Ketua Pegawai Perubatan (CMO) Arthur Salkin.

Menurut pula Frédéric Montagnon, seorang lagi co-founder Smurf Society yang memfokuskan strategi untuk jenama tersebut berkata bahawa koleksi NFT itu berupaya kembangkan lagi komunitinya merentasi peminat Web2 dan Web3.

Mulai 18 April Smurf Society akan melancarkan 3,000 unit NFT yang bertemakan Smurfs’ Society Legendary Collection, di mana ia membawa watak Papa Smurf, Brainy Smurf dan Smurfette ke dalam Web3.

Selain itu, koleksi NFT akan terdiri daripada 12,500 Smurf PFP yang dihasilkan secara 3D dan 250 watak Smurf berbeza dengan 50 varian unik setiap satu.

Terdahulu, Smurf Society membangunkan Smurfy gamified dibina di atas Polygon dan mereka yang menerima pakai akan diberi ganjaran crystal serta mampu memperdagangkannya di pasaran OpenSea.

Antara pengalaman permainan tersebut adalah beri peluang kepada pengguna mint bahan dan sekiranya memilih bahan yang betul maka mereka boleh mint ramuan serta mencipta crystal, di mana pengguna akan lebih memahami tentang mint termasuk bagaimana ia berfungsi dengan teknologi blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat