Tesla Buka Kilang Baru Di China Hasilkan Bateri Megapack!

330

Tesla Inc mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang bateri baharu di Shanghai, yang berupaya menghasilkan sepuluh ribu produk tenaga Megapack setahun.

Megapack ialah bateri berkuasa yang menyediakan storan dan sokongan tenaga, membantu menstabilkan grid dan mengelakkan gangguan.

Pengasasnya, Elon Musk memberitahu dalam ciapannya di Twitter bahawa pembukaan kilang itu bertujuan untuk menambah pengeluaran Megapack di California.

Difahamkan, pembinaan kilang itu akan dimulakan pada suku ketiga 2023, manakala pengeluaran dijangka bermula pada suku kedua 2024.

Media kerajaan China, Xinhua melaporkan bahawa 10,000 unit Megapack yang dihasilkan setahun bersamaan dengan kira-kira 40 gigawatt jam penyimpanan tenaga.

Kilang Shanghai baharu itu akan menggunakan rantaian bekalan bateri terkemuka dunia China untuk meningkatkan pengeluaran.

Harga produk bateri Megapack Tesla juga diramalkan turun seiring peningkatan pengeluaran, yang akan membantu memenuhi permintaan tenaga global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat