Thailand Bakal Lancarkan Bank Maya Pertama Menjelang 2025!

137

“Kalau sebelum ini CBDC, sekarang negara bersaing untuk bank maya pula.”

Demi menawarkan perkhidmatan menjelang tahun 2025 dan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi Thailand, Bank of Thailand buat pertama kali membenarkan bank maya beroperasi di negaranya.

Susulan itu, bank pusat telah meluluskan “Consultation Paper on Virtual Bank Licensing Framework” agar bank maya dapat menyedia perkhidmatan kewangan secepat mungkin.

Diperjelaskan lebih terperinci, Bank of Thailand telah mengeluarkan tiga lesen berbeza untuk syarikat yang berminat wujudkan bank maya dan terdapat 10 pihak berhasrat memperoleh lesen tersebut.

Meskipun begitu, pemohon berkelayakan perlu memenuhi keperluan tertentu berikutan peraturan dan penyeliaan bank maya adala serupa dengan peraturan bank perdagangan tradisional di bawah rangka kerja pelesenan.

Selain itu, bank maya yang baru beroperasi akan dipantau dengan ketat supaya dapat mencegah risiko sistemik kewangan mahupun penipuan.

Menurut pula Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Thailand, pihaknya akan lebih mengutamakan untuk melindungi para pelabur melalui pengetatan peraturan mata wang kripto dan iklan aset digital berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.

Pada sisi berbeza, tujuan Thailand memeterai perjanjian bersama Hungary adalah untuk menyokong penggunaan teknologi blockchain bagi pembayaran mudah alih, e-dagang dan kripto selain turut merancang lancarkan mata wang digital bank pusat (CBDC).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat