The Fed Bersedia Beri Tindak Balas, Ini Fakta Perlu Diketahui Pelabur!

853

Rizab Persekutuan dijangka pada awal hari Khamis akan mengumumkan bahawa mereka akan mempercepatkan penamatan pembelian bon semasa pandemik dan memberi isyarat perubahan pada kenaikan kadar faedah tahun hadapan bagi menghambat lonjakan inflasi.

Pengenalpastian varian Covid-19 Omicron pada bulan lalu telah telah menambah tahap ketidakpastian baharu kepada para penggubal polisi. Dengan kehadiran varian baru, para penggubal polisi dikhendaki kembali menilai bagaimana penularan pandemik itu boleh mempengaruhi pengguna, perniagaan, pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Disisi lain, para pakar ekonomi yang yang ditinjau oleh Reuters masih menjangkakan pertumbuhan AS hampir 4% tahun hadapan dan berada di atas trend. Dalam masa yang sama tinjauan tersebut turut mendapati bahawa mereka menjangkakan bahawa the Fed akan menarik balik program pembelian bon.

The Fed akan mengeluarkan kenyataan dasar baharu bersama-sama unjuran ekonomi yang dikemas kini dalam mesyuarat the Fed yang akan berlangsung. Walaupun terdapat perkara yang tidak diketahui mengenai varian Omicron, kadar pengangguran dan inflasi AS telah melepasi unjuran terbaru Fed, yang dikeluarkan pada bulan September. Penggubal dasar kini perlu beradaptasi dengan arah tuju ekonomi dan pasaran.

Menurut ahli ekonomi JPMorgan (NYSE:JPM), Michael Feroli, ramalan baharu penggubal dasar “secara amnya akan menunjukkan unjuran yang lebih rendah untuk kadar pengangguran dan yang lebih tinggi untuk inflasi,” mendorong kenaikan suku peratusan dalam kadar dasar jangka pendek Fed bermula pada bulan Jun.

Para pemain pasaran turut akan memberi tumpuan pada sidang berita oleh Jerome Powell mengenai halatuju inflasi dan reaksi the Fed dalam merangka keputusan dasar, risiko dan prospek untuk tahun hadapan.

Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), pengukur utama inflasi untuk Fed, meningkat lebih daripada 2% tahun ke tahun pada bulan Mac dan mencecah 5% pada bulan Oktober, tanpa indikasi yang jelas ia akan memberi kesan pada rantaian bekalan global dan sektor permintan.

Pelabur selama berbulan-bulan menjangkakan Fed perlu bertindak balas dengan kadar faedah yang lebih tinggi untuk memastikan harga stabil, yang merupakan salah satu daripada dua objektif utamanya yang dimandatkan oleh Kongres.

Pelabur secara amnya menjangkakan the Fed akan menaikkan kadar faedah semalaman sebanyak 0.75 mata peratusan tahun hadapan dimana kini ditetapkan pada paras hampir sifar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat