The Fed Kerahkan Segala Usaha Untuk Mendorong Ekonomi! Powell Berikan Harapan?

804

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell memberi indikasi positif apabila pakej rangsangan yang telah lama dinanti iaitu pemberian pinjaman kepada perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana akan segera dilancarkan.

Pinjaman tersebut akan mensasarkan syarikat-syarikat yang memiliki bilangan pekerja sehingga 15,000 pekerja dan kini ia akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Menurut Powell, pihak pentadbiran the Fed telah merancang serangkaian program pinjaman dan rangsangan monetari yang disasarkan untuk berbagai sektor sebagai langkah untuk mengatasi masalah yang muncul sepanjang pandemik Covid-19.

Segelintir ahli the Fed menjangkakan bahawa the Fed akan mengekalkan kadar faedah di atas sifar pada pertemuan ahli jawatankuasa pada 9-10 Jun nanti dan the Fed akan menggunakan segala alat untuk mendorong ekonomi A.S semasa wabak Covid-19.

Indeks US dolar kembali mengukuh susulan daripada kenyataan Jerome Powell. Kini tumpuan pasaran adalah pada kenyataan Trump terhadap isu AS-China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat