The Fed Terpaksa Berputih Mata, Bacaan CPI Bulan Ogos Naik Diluar Jangkaan!

1,580

Pasaran niaga hadapan saham jatuh pada hari Selasa selepas laporan inflasi Ogos dilaporkan meningkat lebih daripada jangkaan.

Pasaran niaga hadapan Purata Perindustrian Dow Jones merosot 406 mata, atau kira-kira 1.3%. Niaga hadapan S&P 500 jatuh 1.7% dan niaga hadapan Nasdaq 100 susut 2.3%.

Laporan indeks harga pengguna Ogos menunjukkan bacaan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan. Inflasi utama meningkat 0.1% bulan ke bulan, walaupun dengan kejatuhan harga gas. Inflasi teras meningkat 0.6% bulan ke bulan.

Disisi lain, para ahli ekonomi malah meramalkan penurunan sebanyak 0.1% untuk inflasi keseluruhan, dan kenaikan 0.3% untuk inflasi teras.

Laporan ini adalah salah satu laporan terakhir yang akan dijadikan panduan oleh the Fed menjelang mesyuarat 20-21 September, dimana ahli the Fed dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 0.75 mata peratusan ketiga berturut-turut untuk mengurangkan inflasi. Laporan Ogos yang tinggi yang tidak dijangka boleh menyebabkan Fed meneruskan kenaikan agresifnya lebih lama daripada jangkaan sesetengah pelabur.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam mata wang dilaporkan mengukuh 0.95% kepada paras dagangan 109.142 selepas data CPI dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat