The Rock Paling Mahal Di Dunia Tewaskan ‘Deadpool’

803

Dwayne ‘The Rock’ Johnson menjadi artis lelaki yang menerima bayaran paling tinggi buat tahun kedua berturut-turut, menurut majalah Forbes.

Lapor BBC, Johnson dilaporkan meraih pendapatan sebanyak AS$87.5 juta setahun antara 1 Jun 2019 dan 1 Jun tahun ini.

Pendapatannya itu meliputi bayaran yang diterima sewaktu membintangi filem terbitan Netflix, Red Notice iaitu sebanyak AS$23.5 juta.

Ryan Reynolds yang popular membintangi filem adiwira ‘Deadpool’, menduduki tempat kedua dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$71.5 juta. Reynolds turut membintangi filem Red Notice dan menerima bayaran sebanyak AS$20 juta serta AS$20 juta untuk filem Six Underground.

Tempat ketiga diisi oleh pelakon dan penerbit, Mark Wahlberg dengan pendapatan sebanyak AS$58 juta.

Bintang Justice League, Ben Affleck menduduki tempat keempat manakala aktor yang popular dengan siri fraincais Fast & Furious, Vin Diesel di tempat kelima.

Menariknya, Akshay Kumar menduduki tempat keenam dan menjadi satu-satunya pelakon Bollywood di dalam senarai terbabit. Kumar meraih pendapatan sebanyak AS$48.5 juta yang kebanyakannya adalah melibatkan bayaran pengiklanan.

Senarai untuk pelakon wanita yang menerima bayaran tertinggi masih belum diumumkan. Tahun lalu, Scarlett Johansson menjadi pelakon wanita yang menerima bayaran tertinggi dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$56 juta.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat