The Sandbox & ALTAVA Bekerjasama Lancarkan Permainan Golf NFT!

147

The Sandbox (SAND) berjaya memeterai perjanjian bersama ALTAVA dalam menampilkan satu siri pengalaman bertema golf di ALTAVA Club House, iaitu jenama fesyen mewah Web3 Korea.

Pelaksanaan langkah tersebut bertujuan untuk memperingati kejayaan pelancaran koleksi non-fungible token (NFT) Bored Ape Gold Club (BAGC) ALTAVA yang menerima sambutan menggalakkan dalam komuniti.

ALTAVA turut berharap kerjasama dengan Sandbox dapat mengembangkan strategi perniagaannya berkaitan dunia Web3 agar mereka dapat menghubungkan projek NFT secara global dan mendirikan infrastruktur untuk pemegang NFT itu.

Umumnya, ALTAVA merupakan jenama fesyen mewah Korea yang menghubungkan dunia sebenar dengan Web3 dengan memfokuskan fesyen dan teknologi.

Salah satu kemajuannya pada tahun ini adalah apabila mereka bekerjasama dengan Bored Ape Yacht Club (BAYC) bagi mengeluarkan koleksi BAGC eksklusif, di mana ia membenarkan pemegang NFT tersebut membeli barangan bertemakan sukan golf yang dihiasi logo koleksi BAGC.

Selain daripada kerjasama berikut, ALTAVA turut berkolaborasi dengan bemyfriends bagi menggabungkan perkhidmatannya dan tidak dilupakan juga memperkembangkan pasaran ekonomi pada masa hadapan.

Diperjelaskan sekali lagi mengenai inisiatif terbaru ALTAVA yang melangsungkan kedai pop-up Seoul dengan menyaksikan koleksi BAGS, pengalaman unik berasaskan golf mini play-to-earn (P2E) pada tahun 2023 di ALtava Club House Sandbox dan utiliti lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat