Filecoin, berperanan sebagai sistem penyimpanan dan pemprosesan data berasaskan blockchain yang tidak berpusat. Kripto yang dibangunkan di atas InterPlanetary File System (IPFS) yang diasaskan oleh Juan Benet.
Filecoin juga membenarkan penggunanya untuk menyewa ruang hard drive yang tidak diguna untuk menyimpan dan mendapatkan semula data. Modelnya sama seperti Snowflake yang mana telah menyempurnakan perisian IPO terbesar dalam sejarah pada September 2020.
Lagi menarik, sejak empat tahun lalu Filecoin tampil dengan keunikan blockchain lapisan 1 (layer one blockchain) sebagai pesaing Ethereum.
Seterusnya, mari kita lihat carta pergerakan harga FIL/USDT.
FIL menarik perhatian para pelabur dalam pasaran apabila telah membuat lonjakan melebihi 800% pada awal bulan Februari 2021 sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $237.24.
Namun, situasi ‘crash’ pasaran kripto pada Mei lalu menyaksikan harga FIL susut mencecah paras $50.00.
Menurut ramalan penganalisa kripto, FIL dijangka bakal membuat kenaikan untuk menguji zon SBR (support become resistance) semula sekitar harga $90.
Sekiranya pergerakan harga FIL berjaya menembusi paras rintangan tersebut, sasaran kenaikan dilihat bakal menguji zon SBR seterusnya di paras harga $130 sebelum menuju ke paras yang lebih tinggi.
Membimbangkan, jika harga terus membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah, zon support sekitar harga $60.00 bakal diuji dan bakal menjadi pemerhatian para pelabur untuk menilai reaksi harga pada zon tersebut.
Sewaktu penulisan, FIL/USDT didagangkan pada sekitar $77.40, susut lebih 9% dalam tempoh 24 jam.
Lihat gambar carta matawang kripto FIL/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.