Tiada Jangkaan Perubahan Polisi Monetari Australia

40

Pagi tadi 4 November 2016, The Reserve Bank of Australia (RBA) iaitu bank pusat Australia membuat kenyataan tentang polisi monetari negara itu. RBA hari ini mengekalkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang dianggap sebagai isyarat bahawa kadar faedah akan terus dikekalkan di masa hadapan.

RBA menjangkakan pertumbuhan KDNK akan berada di antara 2.5% dan 3.5% sepanjang dua tahun ke depan. Jangkaan ini tidak diubah sejak Ogos lepas semasa pembentangan jangkaan ekonomi suku kedua. Kenyataan polisi monetari ini akan dibuat setiap suku tahunan iaitu empat kali setahun.

Data inflasi seperti consumer price index cpi (indeks harga pengguna) juga dijangkakan dicapai dalam tempoh yang sama.

Kali terakhir bank pusat Australia (Reserve Bank of Australia) memotong kadar faedah (kepada 1.5%) ialah pada Ogos lepas dan RBA sudah memotong kadar dua kali pada tahun ini. Pemotongan ini berhasil menaikkan nilai CPI.

Data CPI, Consumer Price Index (Indeks Harga Pengguna) yang dikeluarkan pada bulan lepas mencatatkan nilai yang lebih baik dari jangkaan. Statistik yang agak baik ini banyak disumbangkan oleh sektor tani iaitu buah-buahan dan sayuran.

Data CPI iaitu 0.7% mengatasi jangkaan penganalisis iaitu 0.5%. Namun, pihak RBA mengatakan inflasi masih lemah tetapi dijangkakan akan meningkat secara berkala.

Perkembangan terkini pertumbuhan ekonomi menunjukkan RBA berpuas hati dengan polisi monetari yang digunakan pada masa ini. Penganalisis juga tidak menjangkakan sebarang perubahan kepada polisi dalam masa terdekat ini.

 

Adakah Isi Rumah di Jepun Berpuas Hati dengan Dasar Abenomics?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat