Tiba-Tiba EUR/USD Junam 150 Pips!

115

Selepas pergerakan mendatar sepanjang dagangan Isnin pembukaan pasaran awal minggu, kejutan berlaku di awal sesi Eropah pada Selasa semalam dengan pergerakan drastik harga.

US dolar tampil menyerlah dengan pengukuhan yang membenam kebanyakan mata wang utama walaupun tiada faktor yang jelas menyokong situasi tersebut dengan suasana pasaran yang bervolatiliti tinggi.

Pelabur berkemungkinan menjangkakan butiran minit mesyuarat FOMC yang bakal diterbitkan di awal pagi Khamis dengan isyarat untuk beberapa lagi kenaikan kadar faedah akan berlaku pada tahun ini.

Selain itu, pasaran juga semakin berwaspada dengan kebimbangan gelombang baru penularan Covid-19 ekoran kes dilaporkan semakin meningkat selepas langkah pelonggaran sekatan pergerakan di China.

Mata wang Euro pamerkan kejatuhan terburuk sejak September lalu ekoran tekanan pengukuhan US dolar semalam selain data inflasi Jerman diterbitkan semakin menurun.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya bergerak perlahan di sekitar 1.07000 di sesi Asia.

Petunjuk awal pergerakan trend bearish telah dinilai pelabur apabila harga telah berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dan harga juga turut menguji paras itu seketika.

Penurunan jelas harga berlaku di sesi Eropah sehingga melepasi zon sokongan pada 1.06000 menyaksikan harga berjaya keluar dari zon sideway beberapa minggu itu.

Setelah mencecah paras 1.05200, harga melantun semula ke paras 1.06000 sebelum menutup dagangan sesi New York di sekitar 1.05500.

Dengan corak bearish yang dipaparkan itu, harga dijangka akan meneruskan penurunan lebih rendah menuju pula paras sokongan pada 1.05000.

Jika berjaya ditembusi, harga berkemungkinan melanjutkan penurunan mencecah zon tumpuan 1.04000 untuk catatkan paras terendah terbaru 5 bulan.

Sebaliknya jika berlaku semula lonjakan harga sehingga melepasi paras 1.06000, halangan MA50 akan diuji sebelum harga berikan isyarat untuk perubahan trend.

Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan dilihat akan menuju semula ke zon rintangan pada ketinggian 1.07000 yang dicapai pada penutup dagangan 2022 lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat