Tidak Inginkan ‘No Deal’ – Johnson Bergerak Menuju Ke Brussels!

235

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijadualkan akan menuju ke Brussels pada hari Rabu untuk mengadakan rundingan bersemuka dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen sebagai ikhtiar terakhir untuk mementerai perjanjian perdagangan dan mengelakkan sebarang pergolakan dalam tempoh 3 minggu ini.

Kebimbangan pasaran semakin meningkat kerana masih terdapat kemungkinan akan berlakunya situasi ‘no deal’ menjelang tarikh akhir pengunduran UK secara penuh pada 31 Disember. Johnson akan bertemu Leyen semasa makan malam hari ini dengan harapan terdapat peluang untuk mendapatkan perjanjian.

Sumber dari pihak pentadbiran Britain mengatakan bahawa kesepakatan mungkin tidak dapat dicapai adalah separa tinggi seperti yang diucapkan oleh ketua perunding Brexit EU Michel Barnier.

Perselisihan utama masih berlaku iaitu hak memancing di perairan Britain, memastikan persaingan yang adil untuk syarikat di kedua-dua belah pihak dan cara menyelesaikan pertikaian di masa hadapan.

Menurut Merkel, jika syarat yang diusulkan oleh pihak UK adalah tidak dapat diterima oleh pihak EU maka EU tidak teragak untuk menggugurkan perjanjian. Disisi lain pula, UK mengeluarkan kenyataan yang senada melalui Michael Gove iaitu EU harus berkompromi jika menginginkan perjanjian.

Britain secara rasmi meninggalkan EU pada bulan Januari, dan kini berada dalam tempoh fasa peralihan. Dalam tempoh ini UK masih berada di bawah peraturan perdagangan EU. Walaubagaimanapun, semua itu akan berakhir pada 31 Disember dan jika pada waktu tersebut belum ada kesepakatan maka kedua-dua belah pihak harus menanggung kos bernilai perdagangan yang bernilai $ 1 triliun dolar setahun.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat