Tidak! USD Semakin Menjunam, Apa Akan Jadi Ni?

1,011

Kejatuhan US dolar berterusan sehingga ke sesi Eropah, menyaksikan mata wang gergasi itu tersungkur ke paras terendah terbaharu dua bulan berbanding pesaing utamanya.

Data inflasi AS yang tinggi malangnya gagal merangsang US dolar untuk bangkit semula, disebabkan bacaan dicatatkan menepati ramalan pasaran untuk meningkat 7% pada bulan Disember.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa tekanan kenaikan harga di AS tidak seperti yang ditakuti oleh pasaran.

Euro antara mata wang yang meraih keuntungan terbesar daripada kelemahan dolar greenback untuk meningkat ke tahap tertinggi lapan minggu dengan didagangkan pada 1.14700.

Sementara mata wang pound pula meneruskan kenaikan lebih tinggi, di mana pergerakan harga dilihat semakin menghampiri paras ketinggian tiga bulan dan diniagakan kukuh pada 1.3740 berbanding USD.

Di sisi lain, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan kiwi juga meneruskan kenaikan lebih tinggi susulan kelemahan USD, walaupun terdapat berita kurang baik dari Australia yang mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

Selain itu, dolar Kanada juga memanfaatkan peluang untuk terus mengukuh pada paras ketinggian hampir dua bulan berbanding dolar greenback, dengan dorongan daripada harga minyak mentah yang tinggi.

Perhatian pasaran kini beralih kepada penerbitan data harga pengeluar AS pada sesi New York, yang dijangka akan menunjukkan bacaan sedikit lemah pada Disember berbanding sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat