Tiga Laporan Utama Untuk Diperhatikan Hari Ini

57

Laporan Minit Mesyuarat ECB (7.30 pm)

Minit mesyuarat ECB bulan September akan dibentangkan pada jam 7.30 petang hari Khamis dan dijangka akan memberi petunjuk baru berkenaan pandangan ECB terhadap pengurangan program pembelian bon mereka.

Pada September lepas, ECB mengekalkan kadar faedah tanpa mengumumkan sebarang perubahan pada dasar di masa hadapan. Walau bagaimanapun, menerusi ucapan-ucapan Mario Draghi selepas keputusan tersebut, sebahagian ahli ekonomi menduga ECB akan mengecilkan pembelian bon bermula Januari tahun depan.

Dalam persidangan ECB September lalu, Draghi menyatakan pembuat-pembuat dasar telah mengadakan perbincangan awal mengenai program tersebut, dan keputusan tentang pengurangan (tapering) akan diumumkan pada akhir bulan ‘depan’ (Oktober).

Semalam EUR/USD tutup pada paras 1.1761, naik 0.14%

Ucapan Pegawai-pegawai Fed (9.10 pm)

Jerome Powell (Gabenor Fed), John Williams (Fed San Francisco), Patrick Harker (Fed Philadelphia), Esther George (Fed Kansas City) dijadualkan berucap pada hari ini. Ucapan-ucapan mereka akan diteliti bagi melihat pandangan masa hadapan Federal Reserve terhadap dasar monetari.

Penelitian yang lebih akan diberikan kepada komen Powell apabila banyak laporan mengatakan Powell merupakan calon utama yang bakal menggantikan Yellen selepas penggal beliau sebagai pengerusi Fed tamat pada Februari depan.

Dolar lemah berbanding matawang lain pada hari Rabu.

Polisi Monetari UK Tumpuan Hari Ini (12.00 am & 1.30 am, Jumaat)

Ucapan daripada pembuat dasar BoE (Monetary Policy Comittee, MPC), McCafferty dan Haldane dijangka akan memberikan hala tuju baru tentang polisi bank pusat.

Sebelum ini, Haldane mengatakan kadar faedah yang ditingkatkan adalah berita yang baik kerana ia menunjukkan ekonomi UK sedang berkembang.

Ucapan ini dikeluarkan selepas BoE dijangka akan menaikkan kadar untuk kali pertama sejak 10 tahun lalu pada bulan November depan. Gabenor Boe, Mark Carney menjelaskan dalam mesyuarat dasar BoE baru-baru ini bahawa kebarangkalian kadar faedah dinaikkan adalah ‘tinggi’.

GBP/USD kekal di paras $1,3236 pada sesi yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat