TikTok Hadiahkan Saman Untuk Trump

935

Dihentam berkali-kali akhirnya TikTok bertindak untuk menyaman pemerintahan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump susulan daripada sekatan penggunaan aplikasi itu di AS.

Saman itu akan dikemukakan di US District Court di Selatan California seawal yang mungkin iaitu pada Selasa ini.

TikTok tampil agresif mempertahankan kedudukan mereka susulan daripada tuduhan tidak berasas Trump mengenai aplikasi tersebut mengancam keselamatan AS dan tindakan Trump yang tidak memberi peluang kepada pihak mereka untuk respons.

Bimbang dengan ancaman yang diterima, Trump akhirnya menyekat TikTok dan memberi amaran untuk berurusan dengan Microsoft Corp dalam masa 45 hari berhubung dengan penjualan aplikasi itu.

Kemudian pada Khamis, Trump telah menandatangani perintah eksekutif yang menghalang penduduk AS dan syarikat perniagaan untuk berurusan dengan TikTok serta syarikat aplikasi WeChat, Tencent Holdings berkuatkuasa selama 45 hari dengan alasan keselamatan negara terdedah dengan risiko kecurian data.

Perintah tersebut berdasarkan undang-undang 1977 yang membenarkan pemerintah AS mengiystiharkan darurat negara sebagai tindak balas kepada ancaman luar biasa sekaligus menyekat kesemua transaksi dan merampas aset.

Wajarlah tindakan TikTok untuk saman Trump kerana pihak mereka sudah berkali-kali menegaskan bahawa tiada unsur kecurian data AS sebelum dihantar kepada kerajaan China termasuk sekatan kandungan.

Nampaknya Trump benar-benar mahukan kemenangan pada pilihan raya November ini. Tapi, sejauh manakah tindakan beliau akan memihaknya?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat