TikTok Menjual Data Pengguna Kepada Pentadbiran China?

367

TikTok merupakan sebuah syarikat besar yang menjadi perhatian dunia terutama dalam kalangan remaja. Berjuta-juta orang dari pelusuk dunia telah melanggan aplikasi ini. Sejak-sejak akhir ini, TikTok telah ditekan oleh Washington dan terdapat tuduhan bahawa pihak TikTok telah menjual datanya kepada China.

Pada hari ini, Theo Bertram yang merupakan ketua polisi awam TikTok untuk Eropah, Timur Tengah dan Afrika telah menepis tuduhan tersebut malah menyatakan bahawa pihaknya akan menolak permintaan dari China untuk menyerahkan data.

Amerika Syarikat kini sedang mempertimbangkan untuk melarang TikTok dan hanya akan membenarkan syarikat itu beroperasi jika ia berpisah dari mengaitkan syarikatnya dengan China.

Setiausaha AS, Mike Pompeo dalam kunjungan beliau ke UK telah mendakwa bahawa pengguna TikTok di AS mempunyai risiko bawa data mereka akan berakhir di tangan pentadbiran China.

Disisi lain TikTok komited untuk meluaskan jaringan mereka dengan menempatkan ibu pejabat antarabangsa di UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat